7 NOV 2020 - Database Part 3


=== broadcast poknik 7NOV 2020 ===


Assalamualaikum wbt


so... sekarang ni kita kena PKPB balik. 


Apa yang pasti begitu banyak bisnes akan terjejas. Tapi sebenarnya bukan semua bisnes akan terjejas. Sebab depan mata poknik ... banyak bisnes kawan2 poknik sedang melonjak naik diketika kemelesetan ekonomi ini.


ekonomi memang meleset.. tetapi hakikatnya, masih ada sangat ramai orang yang tak terjejas pendapatannya... malahan pendapatan mereka makin meningkat.


ekonomi memang meleset, tetapi hakikatnya, banyak bisnes sedang meroket sekarang. 


kenapa sesetengah bisnes dapat meroket naik dan sesetengah bisnes jatuh merudum?


bisnes ni sebenarnya hanyalah sebuah kenderaan, ia seperti sebuah bas. Dan yang akan menentukan samada bas itu penuh dengan penumpang ataupun jatuh kedalam gaung terletak 100% ditangan pemandunya.


jika pemandunya seorang yang bijak, dia pasti akan dapat memenuhkan basnya dengan penumpang. Mungkin dia dapat penumpang sebab dia tukar permit laluan dia dan dia dapat lalu kawasan yang ramai orang akan naik bas. Mungkin dia tukar lesen dan permit dia supaya dia boleh ambik kontrak ambik pekerja atau buat pakej.


banyak la cara dia boleh buat... dan itu semua terletak kepada pemandu bas tersebut. (pemandu bas tu poknik maksudnya sebagai pemilik bas tu juga)


tapi kalau pemandu tu buta .. maka dia akan pandu bas dia masuk gaung. 


buta kat situ bukan semata mata buta mata. Buta ni ada banyak macam... dan kebutaan ini akan menyebabkan dia tidak dapat fokus kepada perkara yang betul yang boleh memastikan bas dia sampai ke destinasi.


Mungkin dia dok sibuk dengan penumpang barisan belakang yang dok conteng kerusi, mungkin dia dok marah dengan konduktor yang tak buat kerja dengan betul... tapi jika dia dok sibuk dengan isu seperti ini... maka dia akan tinggalkan stereng dia dan bas dia akan jatuh gaung.


rakan2 yang poknik muliakan.... kita hanya akan dapat melalui badai ini dengan selamat jika kita cukup ilmu. Kita tak akan menang hanya dengan semangat, 

kita tak akan menang dengan hanya kerja keras


kita perlu ada ilmu dulu pastu campur dengan semangat dan kerja keras.. baru lah kita boleh berjaya melalui badai ini dengan selamat.


Jika kita ada ilmu yang betul, ktia akan dapati kita tak perlu bekerja terlalu keras dan kita tak perlu berkorban terlampau banyak... kerana ilmu tersebut akan memastikan kita buat perkara yang betul sahaja dan perkara yang tak berapa penting akan kita tinggalkan.


Ramai tanya poknik apa nak belajar jika nak kukuhkan fundamental dan asas bisnes... sebab ada banyak benda boleh belajar.


ada yang belajar facebook dan instagram dan gunakan media sosial untuk bina bisnes... tetapi hakikatnya fb dan ig hanyalah satu alat yang kita guna. Jika kita tak ada pemahaman asas mengenai bisnes, maka kita akan ikut setiap tip yang kita jumpa ... tapi kita tak akan dapat hasil yang kita nak.


sebab kita buat kerja dalam kebutaan.


poknik ada tulis sikit mengenai asas binses kat fb poknik, rakan2 boleh pergi tengok


1. KEMAHIRAN YANG KITA PERLUKAN >>> https://www.facebook.com/poknikempire/posts/10214708135937617 

2. ASAS FBADS >> https://www.facebook.com/poknikempire/posts/10214702659600712

3. BINA BRAND ASSET  >>> https://www.facebook.com/poknikempire/posts/10214712846735384

4. NAK BINA BISNES? >>> https://www.facebook.com/poknikempire/posts/10214713118302173

5. PERANCANGAN BISNES VS PERANCANGAN MARKETING >>> https://www.facebook.com/poknikempire/posts/10214714993149043 


profile poknik ni... penuh dengan post sharing bagaimana buat bisnes... rakan2 pergilah tengok dan gali post2 lama poknik.


tidak lain poknik harapkan selain dari kejayaan rakan2.


rakan2 semua kuatkan semangat ye di zaman serba mencabar ini. Dan buatlah kerja ini sampai siap sampai success


JOM SUCCESS!!


senarai kandungan  >>>  https://bimbinganpoknik2020.blogspot.com/2020/11/selamat-datang-poknik-harap-rakan2.html


Comments

Popular posts from this blog