1 NOVEMBER 2020 - Database Part 2
===== BROADCAST POKNIK 1 NOVEMBER 2020===
.
Membina database pelanggan – part 2
.
Assalamualaikum semua,
.
Sepatutnya poknik tak menulis broadcast malam ni, tapi poknik rasa tak sabar pula nak sampaikan info sambungan kepada broadcast poknik semalam.
.
Jadi semalam poknik dah ceritakan betapa pentingnya kita menyimpan database pelanggan kita, dan poknik juga ada sebut bahawasanya database pelanggan ini akan menjadi penyelamat kepada kita apabila bisnes kita ada masalah.
.
Database pelanggan juga akan menjadi pemangkin untuk growth yang lebih laju dan lebih cepat. Poknik ambik contoh, company kawan poknik.. disebabkan database pelanggan dia besar dan dia sentiasa jaga database dia, setiap 2 bulan sekali dia buat launching produk baru.
.
Dan setiap kali launching, dia dapat kumpul sales 1 hingga 1.3 juta dalam masa 4 jam. Bukan sebulan tau, 4 jam. Sales bulanan dia atas produk sedia ada, masih lagi berada pada sekitar 2 juta lebih.
.
Jadi kita kena faham bahawasanya database pelanggan ini adalah benda yang paling penting yang kita kena jaga. Tugas utama kita membina bisnes ialah membina database pelanggan .. bukan semata mata mendapatkan sales. Yang ni kita kena ingat dan jangan lupa sampai bila bila.
.
So next step yang kita kena buat bila kita nak susun database kita ialah, kita kena ada kategori pelanggan kita dan kita kena ada system untuk kenal kategori pelanggan kita.
.
Sebagai contohnya, pelanggan poknik ada 2 kategori – yang pertama ialah database pendiri bisnes ( iaitu rakan2 yang sedang menerima broadcast ini) dan juga database pelanggan produk.
.
Database pelanggan produk ini pula ada 2 kategori – iaitu kategori pembeli dan juga kategori prospek. Macam dalam kes poknik, database pembeli terjaga dengan elok, tetapi database prospek poknik banyak hilang.
.
Tapi tak pelah sebab database pelanggan sahaja pun sudah hamper mencecah 50 ribu orang, so dari situ poknik boleh dapat bina revenue yang berulang berkali kali.. selagi mana poknik simpan elok2 database itu dan juga poknik jaga hubungan dengan mereka.
.
Bagaimana nak jaga hubungan dengan mereka? Nanti poknik cerita dalam broadcast lain. Itu masuk bab customer experience dan itu adalah satu tajuk yang sangat besar dan paling penting dalam dunia bisnes.
.
Ingat tak hari tu poknik blast wassap kepada rakan2 semua?
.
Itu adalah kerana poknik nak susun balik database supaya teratur dan ada kategori. Hasil dari kerja itu, sekarang ini database poknik sudah teratur dan berkategori dengan baik.
.
Untuk tahap ini, jika rakan2 masih belum simpan database dengan teratur lagi, poknik cadangkan rakan2 berhenti dulu kerja menjual untuk 2- hari untuk mengemaskini database masing2.
.
Sediakan kategori dan sediakan kod supaya rakan2 tahu database itu merupakan pembeli atau prospek, atau dropship atau stokis.. ini step paling penting.
.
Lagi besar database .. lagi penting kita kena jaga ini.
.
So malam ni duduk dan susun elok2 dulu.
.
2-3 hari lagi poknik akan ceritakan bagaimana nak hubungi mereka balik dan wujudkan balik silaturrahim dengan mereka.
.
Rakan2 juga patut mula menyediakan satu buku dan mula membuat kajian dalam google dan youtube berkenaan bagaimana untuk jaga database. Rakan2 jgn hanya berharap kepada broadcast ini sahaja tau.. sebab poknik tak akan cerita dengan terperinci.
.
Poknik hanya mampu bagi halatuju sahaja. Dan rakan2 perlu mencari maklumat yang terperinci supaya bisnes rakan2 boleh naik lebih tinggi.
.
Poknik nak minta rakan2 baca post poknik yang poknik tulis pada tahun 2016 berkenaan cara save nombor pelanggan. Dari situ rakan2 akan Nampak sedikit gambaran tentang bagaimana nak buat penumpanan database ini.
.
https://upload.facebook.com/poknikempire/posts/10205315242441150 tolong share post ni ye.. dan komen sikit kat post tu. Tulis “JOM SUCCESS”
.
Rakan2 yg poknik muliakan .. poknik doa rakan2 sukses 1000 kali ganda selepas ini
.
.
AMIN!!
.
Jom success
.
senarai kandungan >>> https://bimbinganpoknik2020.blogspot.com/2020/11/selamat-datang-poknik-harap-rakan2.html
Comments
Post a Comment