31 OKTOBER 2020 - Database Part 1


==== broadcast 31 oktober 2020====

.

Assalamualaikum semua

.

lama poknik tak taip broadcast sebab database poknik dah jadi bercelaru. Rakan2 semua masuk dalam list broadcast poknik melalui pelbagai program dan pelbagai bisnes yang poknik buat. Dan setiap program tersebut ada kod dia yang tersendiri.

.

pada ketika database masih kecil, tak banyak masalah yang timbul. Tapi lama kelamaan, bila database makin besar, poknik dapati ada banyak nama yang bertindih sebab satu orang yang sama join berbagai program dibawah poknik.

.

lama juga poknik termenung macamana cara nak susun database ni supaya rakan2 tak terima mesej yang bertindih, dan akhirnya poknik buat keputusan untuk rename balik semua database yang ada.

.

total semua 7018 orang dalam database fon poknik dan baru ni poknik buat wasap blasting kepada kesemua 7018 orang untuk membuat permission marketing yang baru.

.

Setiap orang poknik hantar mesej bertanyakan samada mereka nak terima broadcast dari poknik ataupun tidak, dan bagi yang menyatakan kepada poknik mereka tak berminat, poknik delete dari database sebagai menghormati privacy mereka.

.

ini adalah broacast yang pertama selepas program penyusunan semula dan selepas ini poknik akan hantar broadcast dengan lebih kerap kepada rakan2 semua dengan harapan poknik dapat bantu rakan2.

.

rakan2 yang poknik muliakan...

.

database adalah nyawa kepada bisnes kita. Jika kita jual produk, senarai contact pelanggan kita perlu kita susun secara sistematik supaya kita dapat menghubungi mereka pada bila bila masa kita kehendaki.

.

kadang2 bisnes kita ada promosi, kita perlu hubungi pelanggan kita

kadang2 kita dapat barang hebat pada harga yang murah, kita kena hubungi pelanggan kita

kadang2 kita beli free gift nak bagi kat pelanggan kita, kita kena hubungi pelanggan kita.

.

kalalu kita tak susun betul2 database kita ini... maka rugilah kita. Sebab database ini akan mampu bawa pendapatan kepada kita berulang ulang kali.

.

sebagai contohnya, database poknik ini...

.

database ini adalah merupakan golongan rakan2 poknik yang poknik bagi bimbingan bina bisnes.. dan kadang2 bila poknik jumpa satu program yang bagus yang poknik yakin boleh bawa manfaat pada mereka, poknik akan promot kepada mereka.

.

contohnya baru baru ni poknik promot program sales cycle kepada list poknik..

.

poknik promot program tu kerana poknik tahu program tu bagus dan boleh bantu mereka dapatkan sales dan tingkatkan sales.. dan dari kerja promosi tu poknik dapat komisen jualan berjumlah RM8200

.

itu baru satu contoh, ada banyak lagi contoh dimana poknik promot program2 yang boleh bantu rakan2 poknik bina bisnes dan poknik dapat komisen dari program tu.

.

total komisen yang poknik dapat ... rasanya dah lebih 300k - dan ini adalah duit tepi, bukannya duit sales produk. Duit bisnes dari sales produk poknik tak boleh pakai walaupun jumlahnya besar, sebab itu duit bisnes.

.

tapi duit tepi ni poknik boleh guna utk kegunaan sendiri.

.

rakan2 yang poknik muliakan,

.

jika rakan2 ada bisnes, dan sedang buat bisnes.. pastikan rakan2 save nombor pelanggan rakan2 dan susun elok2. Bagi kod dan bagi nombor supaya rakan2 senang nak kenal dan senang nak urus mesej yang rakan2 nak hantar kepada mereka.

.

pastikan dalam masa 2-3 hari ni, kontek balik pelanggan rakan2 semua dan save nombor mereka. Pastikan juga rakan2 minta mereka save nombor rakan2 supaya rakan2 boleh hantar mesej kepada mereka dan walaupun rakan2 blast mesej wasap yang banyak, no wasap rakan2 tetap tak kena ban.

.

minggu lepas poknik blast wasap kepada 7000 orang... dan nombor wasap poknik masih juga selamat.

.

tips dia

1. yang tak nak terima, poknik suruh reply "tak nak"

2. yang nak terima poknik suruh reply "done save" dan save nombor poknik

.

jadi whatsapp nampak ada interaksi antara poknik dan nombor yang poknik blast.

.

Disebabkan poknik buat begitu baru baru ni...maka nombor wasap poknik ini juga sudah jadi satu aset kepada poknik dimana poknik boleh blast wasap kepada begitu banyak nombor, tapi insyaallah masih selamat.

.

tapi poknik tak akan blast pakai software dah lepas ni, sebab 7000 nombor tu poknik dah susun dalam senarai boradcast sebanyak 26 list broadcast - setiap satu list ada 256 penerima.

.

Ini bermakna poknik boleh hantar mesej kepada 7000 nombor pada bila bila masa dan poknik dapat hantar dengan cepat insyaallah

.

ini juga bermakna, poknik akan dapat membuat pendapatan berulang dari database yang poknik pegang. Selepas ini poknik akan buat aktiviti tambahan untuk menambah besar database ini supaya kebarangkalian untuk poknik buat duit akan jadi lebih besar.

 

rakan2 yang poknik muliakan,

.

ingat pesan poknik ye. - susun database elok2, bina hubungan baik dengan mereka ... ini akan jadi penyelamat kepada rakan2 jika rakan2 menghadapi kesukaran dalam berniaga atau ketika rakan2 nak mulakan sesuatu yang baru.

 

sebagai contohnya, jika poknik nak mulakan produk baru, poknik tak perlu buat iklan utk cari ejen. Dengan database 7000 orang dalam ni, insyaallah poknik boleh dapat 200-300 ejen setiap kali poknik lancarkan produk baru. Bagaimana jika poknik ada 100,000 database?

.

tentulah lebih mudah untuk poknik bina bisnes.

.

rakan2 juga patut buat begini... 3 tahun lagi, tengok tengok database rakan2 sudah ada 30,000 orang - maka pada masa itu, dengan satu klik saja rakan2 insyaallah boleh bina sampai 20k atau 30k jualan.

.

ingat pesan poknik tu ye.

.

bina database dan susun elok2

bina hubungan baik dengan database yang ada

buat duit berkali kali dari databae yang tersimpan

.

poknik harap broadcast kali ini dapat bagi satu idea kepada rakan2 untuk memajukan bisnes rakan2 lagi.

.

poknik juga harap rakan2 share mesej ini pada kawan2 u guys.. sebab diorang pun perlu buat benda yang sama jika mereka mahu kekal maju dan tak jatuh terduduk.

.

hakikatnya semua bisnes ada turun naik... dan kita pun pasti akan ada jatuhnya juga. Tapi kalau kita ada database yang terjaga dengan baik, kita akan dapat naik balik dengan jauh lebih cepat insyaallah,

.

komen "saya akan bina database saya bermula sekarang"

 

JOM SUCCESS!!


senarai kandungan  >>>  https://bimbinganpoknik2020.blogspot.com/2020/11/selamat-datang-poknik-harap-rakan2.html


Comments

Popular posts from this blog