==== broadcast poknik 16 November 2020======
MEMBINA DATABASE PELANGGAN - Part 3
Assalamualaikum wbt
baru ni poknik dah tulis bab membina database pelanggan part 1 dan part 2. Malam ni poknik nak taip part 3 pula.
Part 3 ini ialah berkenaan bagaimana nak simpan database dan bagaimana poknik simpan database poknik.
Untuk simpan database ni kita kena menyediakan kategori database dahulu, dan kategori utama yang paling ringkas ialah kategori prospek dan pelanggan.
Disebabkan kita menjalankan bisnes dan membuat promosi di merata rata tempat, maka kita pastinya akan menerima lead yang agak banyak. Lagi agresif kita membuat iklan dan membuat promosi, lagi banyak leads yang kita dapat.
apa itu leads?
leads mungkin dalam bentuk no fon,
mungkin dalam bentuk alamat email
mungkin dalam bentul profile yang mesej kita dalam mesenger
ada banyak jenis leads, dan kat atas tu hanyalah contoh. Leads ini bermakna orang yang kita boleh hubungi untuk kita beri penerangan lebih lanjut mengenai bisnes / penawaran kita.
apabila kita dapat leads, dan kita membuat penerangan, sesetengah dari mereka akan jadi pelanggan , manakala sebahagian besar dari mereka akan hanya kekal sebagai prospek dan tidak membeli.
jadi adalah penting untuk kita menyimpan semua data ini dengan teratur supaya kita boleh guna balik leads ini untk membuat penawaran baru, atau membuat follow up ataupun membuat promosi atau membuat pelancaran produk.
apa yang penting ialah kita mesti boleh menghubungi mereka pada bila bila masa kita hendak supaya kita boleh menghantar penawaran kepada mereka.
.
Jadi apa kita patut buat untuk menyimpan maklumat mereka dengan tersusun?
.
yang paling basic sekali ialah gmail contact - poknik bermula dengan cara ini, dan dari gmail contact ini lah poknik membuat pelbagai aktiviti marketing dan pengiklanan kepada mereka.
no fon yang tersimpan dalam gmail tersebut, poknik sediakan pelbagai kategori dan selepas itu poknik gunakan untuk buat audience untuk poknik run retargeting ads.
lama2 mereka menjadi pelanggan dan selepas setahun lebih sikit, poknik dapat capai 7 angka jualan sebulan. Dan database yang tersimpan ini merupakan antara penyumbang utama kepada pencapaian tersebut.
apa yang penting ialah setiap database ini disimpan dengan teratur.
kalau nak tengok cara menyimpan dengan lebih terperinci boleh rujuk post poknik kat facebook >>>
post 1 : https://www.facebook.com/poknikempire/posts/10207517854385072
post 2 : https://www.facebook.com/poknikempire/posts/10205315242441150
post 3 : bagaimana run ads pada database >> https://www.facebook.com/poknikempire/posts/10205865919607735
untuk link2 ini, kalau x boleh klik, rakan2 boleh copy dan paste kat browser ye
ada banyak lagi post pasal bagaimana poknik simpan nombor pelanggan, tapi poknik rasa 3 post ni dah cukup untuk rakan2 dapat idea nak buat macamana.
1. simpan nombor dalam gmail
2. buat kategori
3. buat audience guna no fon
4. run ads untuk turunkan mereka ke bawah sales funnel
.
so ini step awal - dan kita tak boleh mengharapkan nombor tersimpan dalam gmail semata2 sebab kita tak akan dapat manipulate nombor fon tersebut kalau kita simpan dalam gmail.
.
next step kita mesti beli software untuk uruskan database tersebut.
melalui penggunaan software tersebut, poknik dapat
1.hantar sms
2. hantar wasap
3. hantar email
4. segregate mengikut kategori / produk dll
.
ini akan menjadikan kita mendapat banyak kelebihan berbanding dengan orang lain yang tak guna software.
.
guna software ni , ada kos dia. Poknik spend dalam RM1k setahun utk software - agak tinggi juga kos dia, tetapi hasil guna software tu, poknik dapat organize banyak data dan hasilnya poknik dapat buat sales sehingga 8 angka setahun.
bab software untuk urus database ni poknik harap rakan2 jangan kedekut. Kalau tak larat untuk bayar setahun, bayar bulan2 dulu... dalam RM100++ sebulan, lagi murah dari hire staff, tapi lagi banyak benda boleh buat.
seingat poknik lah... poknik stuck dekat 5 angka agak lama.. dan poknik hanya dapat pergi ke 6 dan 7 angka bila poknik mula guna software dimana database dapat dikumpul dengan baik dan tersusun.
dalam malaysia ni ada 2 software yang poknik dah pakai dan poknik berani jamin sebagai memang terbaik.
1. onpay >> bit.ly/onpaypoknik
2.ordersini >> bit.ly/ordersinipoknik
untuk link2 ini, kalau x boleh klik, rakan2 boleh copy dan paste kat browser ye
kedua dua software ini memang bagus, dan akan mampu membantu rakan2 bergerak ke jumlah sales yang lebih tinggi jika rakan2 stuck kerana sedang menghadapi kesukaran menguruskan data
dan jika rakan2 tak tahu macamana nak guna software ini, maka rakan2 x perlu risau kerana kedua2 software ini mempunyai group support yang sangan baik.
jika rakan2 masih memerlukan panduan tambahan, rakan2 jgan risau kerana kedua2 software ini ada ebook panduan yang dijual oleh pihak ketiga. Dan ebook ini juga akan mampu menunjukkan pelbagai strategi untuk memaksimakan sales melalui penggunaan software ini.
nanti kalau nak beli ebook tu... u guys tanya lah dalam group support nanti ye. you akan dapat link dalam tu bila u nak beli ebook panduan.
Dalam malaysia ni, inilah 2 sofrware yang paling ramai orang pakai. Ada lagi beberapa software yang ada dalam pasaran tapi poknik tak pernah guna dan poknik tak tahu apa fungsi yang ada.
baiklah, panjang dah poknik tulis ni... penat dah poknik taip.
poknik harap rakan2 akan dapat manfaat dari tulisan poknik ini insyaallah.
satu perkara lagi, pada rabu ini 18 november 9.00pm, poknik akan live dalam google meet untuk menerangkan mengenai pengurusan leads dan database dan juga mengenai strategi beriklan
nanti poknik akan broadcast link untuk join pada jam 2.00 ptg 18 november nanti ye insyaallah.
JOM SUCCESS!!!
senarai kandungan >>> https://bimbinganpoknik2020.blogspot.com/2020/11/selamat-datang-poknik-harap-rakan2.html
Comments
Post a Comment